Wednesday, December 15, 2010

TRAVELOG: Hari ke-14

Hari ke- 14

Hari ini semua bangun pagi dengan semangat berbeza. Sarapan pagi kami telah disediakan oleh pihak Lovely Villa. Kami dilayan seperti anak Dato'. Kemudian kami memulakan hari kami dengan berbelanja di kedai kain batik. Setiap seorang membeli kain pelekat untuk dihadiahkan kepada ayah, abang, adik dan datuk di tanah air.

Kemudian kami melawat Istana Maimun. Beberapa bahagian di dalam istana ini masih lagi digunakan oleh kaum kerabat di raja, menjadi tempat tinggal dan menjalankan sesetengah upacara. Seperti biasa, tiada yang gratis di bumi Indonesia ini. Kami membayar 30 000 Rupiah seorang untuk tiket masuk. Mengikut sejarah yang diterangkan, kerabat Diraja Medan ini mempunyai kaitan persaudaraan dengan Malaysia iaitu kerabat Diraja Perak. Ini bermakna kita sebenarnya bersaudara dengan mereka dan seharusnya persengketaan tidak patut berlaku antara kita.


Selepas itu, kami meneruskan hari kami dengan menuju ke pusat membeli-belah Matahari. Bersebelahan dengan Matahari ialah pasar ikan Medan yang terkenal dengan kesibukannya. Kebanyakan penjual di pasar ikan adalah kaum Batak. Terdapat dua pasar ikan Medan; pasar ikan yang menjual ikan dan pasar ikan yang menjual pakaian. Pasar ikan yang bersebelahan Matahari mall ialah pasar ikan yang menjual barangan basah.

Apa yang dapat kami perhatikan semasa ‘window shopping’ di mall ialah perbezaan adab dan tingkah laku orang Medan dan Malaysia. Seperti sudah tiada langsung perasaan segan dalam diri, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang kencing di tepi jalan tanpa rasa bersalah. Yang menyedihkan, selepas itu ibunya memberinya makanan tanpa tangan kanak-kanak itu dibasuh terlebih dahulu. Kelihatan juga wanita yang tanpa segan silu meludah di merata-rata. Mungkin kerana faktor agama di mana penganut Kristian antara yang ramai di Medan selepas agama Islam.

Ketika kami berbelanja, penjual-penjual meneka kami berasal dari Aceh. Mungkin kerana kami semua bertudung dan kelihatan sopan, tidak seperti sesetengah golongan remaja Medan yang lain; berbaju dan berseluar ketat dan jarang sekali terjumpa anak gadis yang bertudung seperti di Aceh. Kami semua sudah mulai rindukan Aceh...

3 comments:

  1. Masa ni, langsung tak rasa tenteram. Maklumlah, kami ibarat jutawan. Disebabkan kami tak buka akaun bank, maka setiap orang ialah bank bergerak. awal-awal lagi kami dah buat persiapan, bahagikan duit2 beberapa kumpulan, ikat dengan getah, simpan dalam lipatan kain, pin dan securekan lipatan kain, ikat di pinggang! Iman dan solehah punya 'beg' duit paling canggih, sebab dah dijahit dari Malaysia lagi. Maka kami berjalan dengan 'spare tyre' di perut. Habis basah duit terkena peluh :(

    Supir di Medan hantar kami sampai ke pintu Matahari, dan berkali-kali berpesan, beg sentiasa pegang, pastika ia di depan, pastikan zip tertutup, hati-hati pencopet!

    ReplyDelete
  2. hehe.. duit2 tu mmg basah, sampai balik bilik kena jemur dulu =p

    ReplyDelete
  3. Aceh, Medan dan Padang.. sesungguhnya beda..

    ReplyDelete