Saturday, November 14, 2009

email untuk GPM

Assalamualikum en asri

Terima kasih atas respon yang positif dari pihak tuan kepada pemohonan kami.

Tentang perbelanjaan, InsyaAllah kami sudah sedia maklum bahawa ianya dibawah tanggungan sendiri. Namun kesudian pihak tuan untuk membantu perjalanan kami ke acheh dan padang amatlah kami hargai.

Berkaitan pertemuan dengan pihak tuan untuk perbincangan lanjut mengenai program ini, kami akan berhubung secara langsung untuk memaklumkan kehadiran kami ke pejabat tuan. Saya ingin tahu, adakah pejabat GPM beroperasi pada hujung minggu? Hari-hari lain, kami perlu hadir ke kelas.

Perkara-perkara lain.

1. Kami memerlukan seorang wakil dari pihak GPM untuk dijadikan sebagai external supervisor kepada progam ini.

2. Pihak tuan menyatakan tentang passport. Adakah kami juga perlu untuk membuat visa?

3. Selain daripada dokumen yang saya emailkan dahulu, adakah pihak saya perlu menyediakan dokumen2 tambahan sebelum pertemuan dengan pihak tuan nanti?

Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Saturday, November 7, 2009

email daripada GPM

assalamualaikum sahabat2 seperjuangan sekalian. semoga kalian dalam kesejahteraan iman berpanjangan.

Alhamdulilah pihak GPM telah memberikan respon yang positif berkenaan projek kembara acheh-padang.

email dari en.asri...

email 1
"Sdri Siti Nor Ashiah yang dihormati,
Assalamu alaikum,
Maaf kerana lambat respon kepada surat dan kertas cadangan sdri. Pada umumnya, insya'Allah, GPM akan membantu mempermudahkan perjalanan program saudari.
Di Padang, saya rasa saudari boleh berkhidmat di Rumah Sakit Ibnu Sina yang menjadi rakan kepada GPM, jadi tak perlu saudari buat attachment dengan Mercy. Kawasan yang menjadi tumpuan GPM ialah di Maninjau, kira-kira 4 jam perjalanan dari Padang. Di sini ada pesantren yang terpaksa pindah ke lokasi baru sebab lokasi lama menghadapi bahaya tanah runtuh. Selain itu, terdapat kira-kira 600 keluarga yang terpaksa meninggalkan kampung halaman dan mengungsi di tempat yang lebih selamat oleh kerana kampung mereka juga diancam tanah runtuh.
Sebahagian daripada perbelanjaan pasukan saudari di sana, terutamanya keperluan penginanapan mungkin akan dapat ditampung oleh rakan kongsi GPM, seperti rumah sakit dan pesantren. Hal-hal ini perlukan perbincangan yang lebih terpeinci. Saya kira saudari perlu datang ke GPM untuk bincang. Walau bagaimanapun, biarlah dinyatakan awal-awal lagi bahawa GPM tak mampu nak memberikan bantuan tunai kepada pasukan saudari.
Cukup dulu respon saya buat permulaan ini."

email 2
"Sdri Siti Nor Ashiah, salam
Ada sedikit perkara lagi. Di Aceh, saya kira saudari boleh menginap di pejabat GPM. Di Aceh GPM ada kenderaan iaitu Unser lama yang sudah agak uzur, namun insyaAllah masih boleh dipakai. Mungkin juga saudari boleh menginap di pesantren perempuan, Darul Maryam yang menerima bantuan dari Qatar Charity, atau lain-lain pesantren.
Tetapi biaya untuk paspot, tiket pergi balik, makan, perjalanan dari Aceh ke Padang (kalau naik bas memerlukan perjalanan kira-kira 40 jam, tambangnya kira-kira rm 150) mesti adik-adik sendiri yang kena dapatkan wang itu. Yang penting buat paspot dulu (RM 300) kemudian book tiket. Tiket Air Asia - pergi ke Aceh, tetapi pulang dari padang. Kalau boleh beli awal supaya dapat harga murah. "

kak ashiah belum memberi respon kepada en.asri sebab baru ja baca email ni. harap sesapa yang baca email di atas tolong beri respon supaya kita dapat kemukakan kepada pihak GPM.