Saturday, November 14, 2009

email untuk GPM

Assalamualikum en asri

Terima kasih atas respon yang positif dari pihak tuan kepada pemohonan kami.

Tentang perbelanjaan, InsyaAllah kami sudah sedia maklum bahawa ianya dibawah tanggungan sendiri. Namun kesudian pihak tuan untuk membantu perjalanan kami ke acheh dan padang amatlah kami hargai.

Berkaitan pertemuan dengan pihak tuan untuk perbincangan lanjut mengenai program ini, kami akan berhubung secara langsung untuk memaklumkan kehadiran kami ke pejabat tuan. Saya ingin tahu, adakah pejabat GPM beroperasi pada hujung minggu? Hari-hari lain, kami perlu hadir ke kelas.

Perkara-perkara lain.

1. Kami memerlukan seorang wakil dari pihak GPM untuk dijadikan sebagai external supervisor kepada progam ini.

2. Pihak tuan menyatakan tentang passport. Adakah kami juga perlu untuk membuat visa?

3. Selain daripada dokumen yang saya emailkan dahulu, adakah pihak saya perlu menyediakan dokumen2 tambahan sebelum pertemuan dengan pihak tuan nanti?

Segala kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai.

No comments:

Post a Comment